Monday, November 11, 2013

Alhamdulillah

Hampir 2 minggu kita berada di bulan november ini.
Terinjak dalam mencati makna hidup
In shaa Allah jalan yang terbaik dititipkan buat kita

Minggu ini, adalah minggu terakhir untuk aku dekat dengan si buah hati
selepas ini, dia ke Puchong dan aku di KL
mungkin selepas ini juga kami akan jarang berjumpa
namun akan aku gagahkan juga demi masa depan kami bersama


Wednesday, October 23, 2013

LIFE ARE ALWAYS BEAUTIFUL



LIFE are always B.e.a.u.t.i.f.u.l

~ Loving
~ Caring
~ Humble
~ Manja
~ Ceria
~ Penyabar

awak mungkin biasa di mata mereka
namun awak cukup luar biasa di mata saya

awak mungkin tak sempurna di mata mereka
namun awak cukup sempurna menyayangi saya

biar insan lain memikirkan kenapa
dan mengapa harus saya menyayangi awak!
Alhamdulillah
saya panjatkan syukur pada Tuhan
di anugerahkan awak di dalam kehidupan
bukan kerana awak sempurna
tetapi kerana awak menyempurnakan hari-hari saya

bukan kerana awak kacak
tapi kerana kekacakan hati awak mendidik dan menjaga saya

Khairul Anuar Ahmad Kamal
awak selalu mengingatkan saya
dunia cuma sementara dan janji awak
untuk menyayangi saya sampai ke Syurga

Bimbinglah saya agar kita dapat bersama terus ke Jannah sana

salam cinta
salam rindu
dari sahabat / kekasih & musuh realiti awak


Sunday, October 20, 2013

October already....


Assallamualaikum...

terlalu busy nak update blog? hahahha xlah as usual, aku TERLUPA PASSWORD. 

Hidup kita bukan untuk hanya bergembira, ia didatangkan untuk kita kenal siapa PENCIPTA kita dan kita tahu apa TUJUAN kita di hantar ke dunia.

Well as usual juga kita akan LUPA kenapa kita disini. Yes, aku selalu lupa yang aku hanya HAMBA yang Khaliq... Aku lupa dan setiap hari aku melakukan dosa.

Namun kita hanya manusia. Ya Allah, aku doa pada MU, janganlah Kau tarik nikmat MU untuk aku terus berada di JALAN MU.

SUngguh aku rindu menjadi SUMAYYAH Mu, Khadijah Mu, Aisyah Mu. Bantu hamba ini Ya Allah. Solat adalah tiang agama, namun andai solat aku tinggalkan ingatkan aku Ya Allah. 

Monday, June 24, 2013

Anuar Kamal ku



Dia hadir dan membuatkan aku cukup-cukup bahagia. Dia menjaga aku sebaik mungkin. Memberikan aku kehidupan yang aku inginkan dan tidak pernah aku terfikir yang aku berjaya mendapatkannya. Terima kasih sayang. Kasih awak terlalu besar sehingga kadang-kadang saya yang merasakan kasih sayang awak untuk saya melimpah-limpah chentaku. Terima kasih.

Sunday, June 16, 2013

~ SUSUK DARA A.K.A JAMU ~


Assallamualaikum

Hari ni, saya nak perkenalkan SUSUK DARA. Mungkin ada yang dah tahu. Mungkin ada yang dah menggunakannya, dan mungkin juga ada yang tak tahu kan?

BARANG PERTAMA YANG INGIN SAYA KENALKAN PADA HARI INI IALAH 

MISS V MEDICATED FEMININE WASH


Asas utama dalam penjagaan kebersihan untuk kaum wanita. 

RM 48.00 sebotol

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa lah mahal sangat dan dekat kedai feminine wash yang lain kita boleh dapatkan dengan harga RM 10 ja. 

Untuk pengetahuan semua, jom kita lawat dan lihat apa sebenarnya fungsi Miss V Feminine wash ini....

1. Ia adalah sejenis CECAIR BEUBAT yang mana mampu merawat keputihan dan kegatalan pada Miss-V wanita.

2. Kerana ia sangat PEKAT. Just gunakan sedikit sahaja FW untuk mendapatkan kesan yang tidak anda sangka-sangka

3. Ia berbau WANGI kerana ia dirumus dari bahan-bahan herba terpilih

4. Rasa NYAMAN dan SEJUK ketika memakainya. 

5. Kerana ia bertindak sebagai PENCEGAH dimana ia membasmi bakteria jahat dan FUNGUS.

Untuk keterangan yang lebih lanjut, boleh PM saya di FB saya https://www.facebook.com//akma2588 atau call / msj / wechat / whatsapp / line saya di nombor 
012 9727258



Thursday, June 13, 2013

~~ KEBAHAGIAAN ~~

Assallamualaikum

KEBAHAGIAAN. Apa yang membahagiakan dalam hidup kamu.. kamu & kamu?
Keluargaku, kawan-kawanku dan yang teristimewa Bintang Hati ku.

Bila ditanya apa yang membuatkan aku bahagia di samping Bintang Hati ku? Aku hanya tersenyum dan menjawab, Allah mentakdirkan dia untuk aku seorang lelaki yang sangat-sangat penyayang dan memahami serta sangat pengasih dan penuh dengan kebaikan di dalam hatinya.

Bila di tanya apa yang paling membuatkan aku BERSYUKUR pada Tuhan? aku akan jawab.. aku bersyukur bila aku mengenalinya dan aku bersyukur bila hubungan sebagai tunang seseorang stop di tengah jalan. Aku bukan hipokrit untuk menidakkan apa yang aku rasai. Bekas tunangku MUNGKIN seorang lelaki yang baik tapi dia bukan seorang PEMAHAM yang baik.

Terima kasih Tuhanku, hidup dalam kesederhanaan bersama Bintang Hati ku banyak membantu aku untuk besederhana dalam setiap perkara. Lelaki ini, mengajar aku erti kasih sayang sejati. Cinta Abadi. Kenangan mekar Dihati. Jiwa gelora cinta hakiki.

Dia hanya manusia biasa, namun dia membahagiakan dan dia menggembirakan hati aku setiap saat. Dalam kehidupan perhubungan mana yang tidak ditimpa masaalah. Namun dengan sikap dan kebijaksanaan dia membaca hati aku, aku kalah dalam permainan minda dengan dia. 

Dah 2hari berturut-turut kami makan nasi kukus ayam berempah. Aku pun tak tahu lah apa yang sedap sangat makanan tu pada dia. 1st day aku bawa dia kat kedai kelantan depan rumah jea. Tapi semalam, jauh sampai ke Taman Melati. Dengan rempitnya.

Sebut pasal rempit, semalam aku sengaja menggagahkan diri bawak motor LC ber clutch si Bintang hati punya. Separuh jalan jek bawaknya lepas tu entah kenapa aku nebes sebab jem. Terus tukar driver.

Anuar Kamal, Jadilah pendamping saya selamanya.
Bahagiakan aku di dunia.


DIA LAH LELAKI YANG SELALU MENYAYANGIKU SELEPAS KELUARGAKU.

Wednesday, June 12, 2013

tengs AURAWHITE





Rasanya dah lama x masukakn gamba sendiri di facebook. Selalunya aku banyak masukan gamba aku bersama yang tersayang.

Alhamdulillah, hasil yang semakin baik selepas aku dengan gigihnya mengamalkan AURAWHITE dalam kehidupan. Apa yang penting aku semakin sihat dan rambut aku dah x gugur, liang pori semakin kecil serta nak tak perlu make up lagi untuk kemana-mana. Cuma hari ini, lips gloss aku terlebih shaining sket.

tengs AURAWHITE dan tengs mr sayam sbb memberikan sokongan dan dorongan 

ILMU HITAM .. KEJAM DAN KESAN KEKEJAMAN !


Assallamualaikum.. tadi sempat jaga kaunter kat bawah dan sempat jugak mengulangkaji majalah WANITA edisi terkini. Kisah hari ini masih kisah ILMU HITAM atau SIHIR.

Bila dibaca-baca kisah ni x jauh lari dari kisah hidup aku. adakah aku terlalu berterus terang? Hakikatnya itulah yang terjadi. Ilmu Hitam atau Sihir ini digunakan bertujuan untuk mendapatkan kepuasan hati sebetolnya. Mungkin kepuasan hati utk melihat orang yang dibenci sengsara dan merana. Namun, kekejaman ini boleh di atasi dengan Ubatan serta kembalikan diri pada Pencipta Ya Rabb. 

"Aku melihat kebencian di hati mereka, menghantar dan membuat aku menjadi begini. Kebencian macam mana aku tak pasti namun, andai dah tua orang memperkatakan hal yang sama.. masihkan perlu aku mendengar ungkapan org yang ketiga. mungkin sama.. mungkin juga xsama. Bila dapat tahu apa yang muncul di hati aku hanya benci. Teganya mereka melakukan hal syirik ini. Dan sanggupnya mereka menolak takdir yang telah Tuhan tetapkan. Aku masih mampu berdiri sehingga hari ini. masih mampu makan dan bekerja. Walaupun kesihatan ku sedikit merosot tapi aku tidak akan sesekali untuk berpaling dan lemah atas apa yang mereka buat. Pesan kawanku, agar aku berubat.. Alhamdulillah.. Namun hati manusia busuk yang mahu aku terseksa ini tidak akan berdiam diri. Aku rasai kesannya. Namun aku gagahkan. Bak kata nenek aku, kalau aku masih mampu bangun, senyum dan berdiri, aku lebih kuat dari mereka. Walaupun kadang-kadang terasa bahangnya iblis laknatullah itu, hanya Ayat kursi peneman aku. Anuar banyak memberi sokongan. Mama yang tidak putus-putus talifon bertanya kan khabar aku. Alhamdulillah. Dan abah sudah mula memandang serong pada orang luar, aku x menyalahkan dia sama sekali kerana aku adalah anak nya, dan dia terlalu menyayangi aku. 

Apa yang aku harapkan, mereka si pengamal sihir ini berhentilah dari perbuatan khurafat ini. Aku KENAL SIAPA ENGKAU. AKU TAHU SIAPA KELUARGA ENGKAU. AKU TAHU MANA DATANGNYA KETURUNAN ENGKAU.  Andai engkau masih untuk terus melakukannya, aku hanya akan berdiam. Aku tidak akan membalas kerana Aku masih dalam warasku. Aku pegang janji Tuhan pada aku. Ada ganjaran untuk orang-orang yang sabar. Dan aku tidak mahu menjadi sekejam kamu. Yang bagusnya ini berlaku semangat aku lebih kental dari dulu. yang buruknya hal ini berlaku, kau membuatkan aku semakin benci pada kamu dan kamu. Aku berharap Tuhan membalas setimpal dengan apa yang engkau, engkau sekeluarga buat pada aku. Dan maaf.. aku tidak akan memberi maaf sehingga aku mati."

~~ doa-doa pendinding diri dari sihir ~~


1. Ayat kursi 

Ayat kursi adalah ayat yang paling AGUNG kerana ayat ini mengisahkan keagungan Allah serta kekuasaannya yang tidak terbatas. Ayat ini adalah ayat ke 255 dalam surah Al-baqarah dan ia dijadikan bacaan serta hafalan dalam kehidupan masyarakat islam. Ayat ini dibaca UNTUK MENDAPAT KEREDHAAN DAN PERLINDUNGAN ALLAH.


2. Ayat 3 Kul

~~ Ayat 3 kul, insyaAllah semua orang tahu.



AYAT 3 KUL

BismillahirRahmanirRahim
(Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani)

Al-Ikhlas

[1]Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2]“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3]“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;[4]“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Al-Falaq

[1]Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,
[2]“Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;
[3]“Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;
[4]“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
[5]“Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.

An-Nas

[1]Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
[2]“Yang Menguasai sekalian manusia,
[3]“Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
[4]“Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
[5]“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
[6]“(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.


Fadhilat membaca al-Ikhlas
Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja ker ana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kep ana san.

Sebelum Masuk Ke RumahSebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki k ana n dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam ker ana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat ker ana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika SakitSabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran ker ana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala MembacanyaBerkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjal ana n. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang m ana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Akhir qalam, aku akan kuat untuk hidupku, kebahagiaan ku dan aku tidak akan tunduk kepada manusia iblis mcm kamu.. kamu dan kamu. Aku ada Allah andai kamu punya iblis laknatullah.

INGAT ! MANUSIA IBLIS AKAN MATI DENGAN KEIBLISANNYA.


Tuesday, June 11, 2013

~~~ ... MASALAH BAWAH LENGAN? ....~~~

MEMILIKI MASALAH KEHITAMAN DI BAWAH LENGAN 
SEPERTI INI?


ERK.. OKE DONT WORRY. sebagai wanita khususnya perlu dan sangat perlu dalam penjagaan tubuh badan. badan yang cantik bakal menjamin semangat dan keyakinan diri yang tinggi.

Banyak faktor yang terlibat tentang terjadi nya permasalahan seperti di atas. Kehitaman di bawah ketiak atau di mana-mana bahagian pelipat kadang-kadang mengundang resah di dalam hati. Lebih-lebih lagi pengantin baru. kan?

Ramai yang menyangka DEODORAN adalah punca utama.

FAKTA

~~ DEODORAN~~

* sebenarnya deodoran bukan punca utama ketiak menjadi gelap atau rona tidak sekata. Ia berlaku kerana anda sendiri gagal membersihkan saki baki deodoran itu ketika mandi. dan ia menyebabkan bahagian tersebut menjadi kehitaman.

~~ HORMON DAN GENETIK ~~

* Antara sebab kulit bawah lengan menjadi gelap adalah kerana bahagian kulit yang sensitif bertindak balas kepada MERKURI yang ada di dalam deodoran terbabit.

BERCUKUR DAN BERPAKAIAN KETAT

~~ Dua punca utama kenapa kulit di bawah lengan kita menjadi gelap dan bahagian pelipat kita kelihatan kehitaman. Bercukur yang terlalu kerap boleh menyebabkan pembiakan bakteria andai pisau cukur yang digunakan tidak di cuci dengan betul. Dan pergeseran yang berlaku terhadap tubuh apabila mengenakan seluar dan baju yang ketat juga adalah menjadi punca kehitaman di tubuh.

TAPI JANGAN RISAU, INSYAALLAH KITA TELAH MENEMUI PENYELESAIAN UNTUK PERMASALAHAN INI. SABUN ESSENCE BEUTY BAR atau SABUN PEMUTIH KETIAK a.k.a SABUN HURU HARA boleh membantu memulihkan pigmentasi kulit kepada yang lebih baik.


Hanya RM 105.00 untuk 1 kotak 
dan dalam satu kotak ada 3 ketul

insyaAllah bakal membantu anda dalam permasalahan di atas.

untuk keterangan lanjut boleh berhubung dengan saya di Facebook https://www.facebook.com/akma2588 atau msg / wechat / whatsapp / line di number 012 9727258

insyaAllah kami menyediakan service yang terbaik.

HAPPY SHOPPING.. HAPPY HEALTY..


SABUN PENCERAH KETIAK a.k.a SABUN MARINE ESSENCE BAR


Hye.. Assallamualaikum.. hari ni saya nk share pasal dis SABUN. SABUN MARINE ESSENCE BAR atau SABUN PEMUTIH KETIAK a.k.a SABUN HURU HARA.

KENAPA HURU HARA? hahahah sbb sabun ini terlalu laris di pasaran. ramai yang telah mengakui keberkesanan sabun ini.

HANYA RM 105.00 untuk satu kotak. 
dan dalam 1 KOTAK ada 3 KETUL

Sesiapa pun tidak akan berkira untuk cantik dan sihat kan? kenapa untuk CANTEK & SIHAT?
JOM join saya baca nie .............

1. boleh memutihkan kawasan hitam / daki pada badan
2. mencerahkan ketiak
3. mengurangkan bau badan dan berpeluh
4. melambatkan pertumbuhan bulu ketiak
5. menanggalkan dengan mudah daki di tengkuk
6. mencerahkan lebam di celah-celah peha akibat pergeseran
7. anti-septik terbaik untuk jerawat belakang badan dan muka
8. mematikan fungus spt KURAP, PANAU DAN KUDIS
9. menipiskan parut jerawat
10. mengelak ruam pada baby
11. membunuh kuman masalah kuku rosak
12. menambah seri kulit dan
13. sangat sesuai untuk penghidap ECZEMA

Antara kandungan yang terdapat di dalam sabun MARINE ASSENCE BAR ini ialah :-


so berdasarkan apa yang boleh kita rumuskan sabun ini dihasilkan untuk memberikan perlindungan juga merawat penyakit serta permasalahan kulit. InsyaAllah dengan berkat kerajinan untuk menggunakannya ia bakal memberikan banyak manfaat kepada pembeli.

ini adalah testimoni dari pelanggan yang berpuas hati terhadap produk yang pihak kami sediakan.


Pada yang berminat boleh PM saya di Facebook saya https:facebook.com/akma2588 atau msg / wechat / whatsapp di number 012 9727258.

InsyaAllah saya akan cuba untuk memberikan service yang terbaik. Dan selamat mencuba. Happy Shopping.. Happy Healty ..





Sunday, June 9, 2013

i love my hubby.. i love my family


assallamualaikum..

10.06.2013 and today is monday. huh ! kenapalah hari ini kene kerje?
daku penat.. ngantoks..huhuhu

sabtu hari tu sempat pulang ke kampung. Jumpa family dan yang paling best bila
boleh pulang bersama yang TERSAYANG. hahahah.. 

to my sayam... terima kasih atas pengorbanan mu. sayang hargai sangat2 dan sayang janji insyaAllah akan menyayangi b setulus hati ini. terima kasih kerana menjadi kekasih yang memahami dan menyayangi daku.

semoga Tuhan panjangkan usia jodoh kita. bahagia rasanya bila semua menerima awak dengan senyuman. terima kasih kerana awk menjadi yang terbaik untuk saya. 

I LOVE YOU SO MUCH.

Thursday, June 6, 2013


hari ini, duk ulang dengar lagu ni jea. bunyi macam gedik tapi lagu ni seronok.

kisah cinta akan membawa kita terbang jauh ke angkasa.
terbang bagai burung yang boleh kemana saja.

esok nak balik kampung dgn en tayam. hopefully everything will be oke.





today is 06.06.2013 ... esok 07.06.2013 so genap 9bulan kami mengenali. pertama kali pandang wajahnya nothing,, just terdetik di hati "sape dia ni? comey gop"

ahahahha... malam tu follow stella pg jumpa tunang dia, then terjumpa mamat ni sekali.
banyak ckp masa tu, mcm2 dia tanye aku rasanya kalo x silap pasal kerja.
tapi masa tu hati tengah resah gelisah, sedih kan so xda la nak respon lebih2
banyak diam dan main handphone jea. sampailah handphone tu abis baterinya.

tapi xsangka sama sekali, lelaki ini yang aku sayang sekarang. cinta dia begitu mendamaikan hati
cinta dia buat aku rasa tenang dan sangat bersyukur rasa damai ini.
khairul anuar, awak mungkin bukan yang pertama, tapi saya mahu awak lah yang terakhir buat saya.

saya sayangkan awak sangat-sangat.
seumur hidup saya.

Thursday, May 30, 2013

~~~~~ t.i.r.e.d ~~~~~

FUH.............. PENAT !

mode : acem hareeemm 

seharian ni tubuh lesu, badan sakit-sakit. namun aku kuatkan juga. walaupun terasa menepek kat opiss. tapi 1 opiss pandai ade jek aktiviti yang buat aku bergerak. starting dgn turun naik pegi makan, pegi angkat kotak, jual kotak... huhuhu... penat... pastu balik office jea layan movie "seram sejuk:" dengan boss, dengan ida. then ada orang blanja makan lagi. mkn lagi.

petang ni balik dari makan.. duduk kejap.. boss suro fax pasal pro dinasti. boleh plak ckp boss aku x buat payment lagi. xpe, bg ida setelkan. aku setelkan hoe seng yang bermuka kerek tu. silap besar dia, dah kerek pastu buat ayat xkena situasi. dan boss aku ape lagi bagi paku buah keras la. 

hari ni dah la penat hati, penat otak lagi. tapi xpe, kerja macam ni la kan? aku suka jea walaupun terpaksa meng-kerek kan diri. 2hari ni aku perasan baran aku makin menjadi-jadi

haih, rasanya aku tahu semua ni kenapa. Ya Allah ya Tuhanku, Kau peliharakanlah aku, hubungan ku dan keluarga ku.

Wednesday, May 29, 2013

Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.


Kadang-kadang kejam rasanya mereka yang mengamalkan sihir ni. terfikir-fikir dorang semua ni tak takut mati ke? Sesungguhnya dari Allah kita datang dan pada Allah juga kita kembali. Namun sihir utk tujuan penyeksaan ini menyebabkan banyak keburukan berbanding kebaikan. Kalau dah namanya sihir, saya percaya ia digunakan untuk sesuatu yang buruk. yang mana melanggar syiar islam. dan dalam masa yang sama sihir juga menyebabkan seseorang itu terpesong akidahnya. 

Ya Allah, Ya Tuhanku, yang mentadbir seisi alam. Aku berlindung pada mu dari kekejaman manusia dan syaitan. Aku berlindung pada mu dari sihir yang datang. 

HOME MADE


HYE.. HYE.. HYE..

okeh, sebut pasal makan.. saya sangat suka kalau dapat makan banyak-banyak. Kali ni nak cerita pasal kek "home made" ni. pergh sedap sangat. bukan nak beli jiwa orang yang membeli, tapi ia memang sangat-sangat sedap.

Bermula dengan kisah Hisyam nak celebrate bithday girlfriend dia si Azrina ni berjaya juga saya merasa kek yg yummy ni. rasanya lembut dan dilimpahi dengan jem coklat "nutella" .. apa lagi memang menjilat jarilah dibuatnya.

Lagi-lagi atas kek tersebut dihias pulak dengan strawberry yang banyak. Bau dia tak payah cakap. memang harum. so 4* saya bagi. 



SAHABAT

Berbicara tentang sahabat, pasti mengundang senyum dan tawa. setiap manusia punya sahabat atau paling koman pun kawan rapat kan? aku? aku lebih selesa bersahabat dgn semua orang. kerana itu adalah kehidupan islam. jangan memilih sahabat. kerana sahabat hanya manusia. dan setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan masing-masing.

this kwn opis aku. merangkap geng begaduh. Boss ke staff ke sume same jea. indah hidup bersahabat ni. indah sangat. sebab aku dapat mengenali pelbagai perangai.


ni plak kawan-kawan lepak lepas opiss. sebetulnya aku mula join dorang ni masa follow kwn baik aku stella jumpa tunang dia. happening. itu ja yg aku describe tentang dorang ni.


ni si stella bersama encik gula hati beliau. banyak gamba sebenarnya tapi aku tak sempat save dalam computer, nampaknya terpaksa berbicara semula isu sahabat ni. 

orang kata, kawan gembira senang nak cari dan kawan menangis payah sangat nak cari. betolla kot kan?






Tuesday, May 28, 2013

boley tak anda jawab?

Soalan ni merupakan soalan yang dikeluarkan oleh Albert Einstein sebelum dia meninggal pada abad yang lalu, dia menyatakan seramai 98% orang di dalam dunia ni tak dapat jawab soalan ni..hanya 2% sahaja orang yang dapat jawab? jadi adakah korang termasuk dalam 2% tu? cuba jawab soalan ni..jawab dengan jujur dan jangan gunakan sebarang alternatif yang lain!


~ Ada 5 buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeza.~ Setiap rumah dihuni seorang lelaki dengan bangsa yang berbeza-beza.~ Setiap penghuni menyukai satu jenis minuman tertentu.~ setiap mereka merokok rokok berlainan dan memelihara satu jenis haiwan tertentu.~ Tidak ada satupun dari kelima orang tersebut yang minum minuman yang sama, merokok rokok yang sama dan memelihara haiwan yang sama seperti penghuni yang lain.

1. Orang Inggris tinggal di dalam rumah berwarna merah.

2. Orang Sweden memelihara anjing.
3. Orang Denmark suka minum teh.
4. Rumah berwarna hijau terletak tepat disebelah kiri rumah berwarna putih.
5. Penghuni rumah berwarna hijau suka minum kopi.
6. Orang yang merokok PallMall memelihara burung.
7. Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah suka minum susu.
8. Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill.
9. Orang Norway tinggal dirumah pertama.
10. Orang yang merokok Marlboro tinggal disebelah orang yang memelihara kucing.
11. Orang yang memelihara kuda tinggal disebelah orang yang merokok Dunhill.
12. Orang yang merokok Winfield suka minum bir.
13. Disebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norway.
14. Orang Jerman merokok Rothmans.
15. Orang yang merokok Marlboro berjiran dengan orang yang minum air.

Ok, sekarang anda dah dapat soalan berserta petunjuk tersebut, jadiIni merupakan soalan tersebut :-SOALANNYA : SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN ??

Antara petunjuk yang di beri :SOALANNYA : SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN ??






Dont know why, but i really love picture. saya suka kan gambar dan saya sukakan editing. 
kadang-kadang apa yang saya buat akan mempengaruhi mood saya. dan itu juga mempengaruhi cara editing yang saya buat. hanya mampu buat simple-simple jea sebab tak pandai pun nak edit.

Apa yang saya boleh katakan bila saya meng"create" coretan seperti di atas ia membuatkan saya lebih bersemangat untuk membuat lebih baik. Dengan kata-kata yang saya garab, ia membuatkan saya insaf dan kadang-kadang terfikir tentang kehidupan. 

Kehidupan itu simple sebenarnya, tidaklah secomplicated yang kita fikir. dan kadang-kadang manusia itu sendiri yang membuat kehidupan itu kelihatan complicated. kan?


Assallamualaikum....

Hari ini nak buka sikit topik tentang "positif"

Rasanya ramai yang tahu, untuk menjadi positif bukan kerja senang. Namun apa yang saya baca dalam buku ni semuanya tentang macam mana untuk mewujudkan perasaan positif didalam diri. Banyak cara untuk positif. Namun apabila sedang marah mungkin nak jadi positif pun susah kan? 

dari buku JADI COOL + POSITIF ni banyak benda juga yang saya belajar. Salah satunya untuk positif kita kena selalu s.e.n.y.u.m. bila baca memang nampk mudah dan simple. tapi bila tengah marah dekat boyfriend misalnya. dia mintak senyum.. boleh kah kita senyum? payah beb... sebab baru semalam terjadi dekat saya. 

Anuar tahu saya geram dgn dia... tapi dia still minta saya senyum sebab dia tak mahu saya moody. depan dia saya tarik muka kelat tapi bila blakang dia, saya sengeh sampai telinga. dalam hati "padan muka, buat lagi aku marah" .. tapi betul bila saya senyum walaupun dibelakang dia, hati saya still happy sebab dapat kenakan dia. bukan nak marah sgt pun tapi ya le perempuan bila dah dekat dengan musim ada jek yang tak kena kan?

so apa yang boleh dirumuskan, SENYUM sebenarnya boleh membuatkan seseorang menjadi positif.

Assallamualaikum...

Aku muncul setelah lama menghilang. Hadirkan diri untuk menyambung sebuah dairy mungkin. Hari ini Alhamdulillah, aku terasa lebih bagus dari semalam. lebih tenang berbanding dulu. Alhamdulillah..
This is me LAILATUL AKMA BINTI NORZI




I am 25 years old.. I'm single. not married yet. Namun dah punya kekasih hati. And this is my kekasih hati.

 His name is Khairul Anuar Bin Ahmad Kamal. Dan saya sangat-sangat menyayangi dia kerana dia ikhlas menyayangi saya. Terima kasih my kekasih hati atas cinta, kasih sayang dan perhatian yang awak berikan.

Bila saya read balik apa yang pernah saya tulis aroun Jan 2011 - Mac 2011 semuanya hanya kesedihan. Hanya luka dalam percintaan. Namun hari ini semuanya telah bertukar ganti. Saya lebih bahagia dan lebih mengerti apa itu kehidupan.

Family alhamdulillah bahagia dan adik-adik pula semakin membesar. Apa yang saya ada ini memberikan saya 1000x alasan untuk bersyukur. Alhamdulillah ya Allah.