Thursday, June 13, 2013

~~ KEBAHAGIAAN ~~

Assallamualaikum

KEBAHAGIAAN. Apa yang membahagiakan dalam hidup kamu.. kamu & kamu?
Keluargaku, kawan-kawanku dan yang teristimewa Bintang Hati ku.

Bila ditanya apa yang membuatkan aku bahagia di samping Bintang Hati ku? Aku hanya tersenyum dan menjawab, Allah mentakdirkan dia untuk aku seorang lelaki yang sangat-sangat penyayang dan memahami serta sangat pengasih dan penuh dengan kebaikan di dalam hatinya.

Bila di tanya apa yang paling membuatkan aku BERSYUKUR pada Tuhan? aku akan jawab.. aku bersyukur bila aku mengenalinya dan aku bersyukur bila hubungan sebagai tunang seseorang stop di tengah jalan. Aku bukan hipokrit untuk menidakkan apa yang aku rasai. Bekas tunangku MUNGKIN seorang lelaki yang baik tapi dia bukan seorang PEMAHAM yang baik.

Terima kasih Tuhanku, hidup dalam kesederhanaan bersama Bintang Hati ku banyak membantu aku untuk besederhana dalam setiap perkara. Lelaki ini, mengajar aku erti kasih sayang sejati. Cinta Abadi. Kenangan mekar Dihati. Jiwa gelora cinta hakiki.

Dia hanya manusia biasa, namun dia membahagiakan dan dia menggembirakan hati aku setiap saat. Dalam kehidupan perhubungan mana yang tidak ditimpa masaalah. Namun dengan sikap dan kebijaksanaan dia membaca hati aku, aku kalah dalam permainan minda dengan dia. 

Dah 2hari berturut-turut kami makan nasi kukus ayam berempah. Aku pun tak tahu lah apa yang sedap sangat makanan tu pada dia. 1st day aku bawa dia kat kedai kelantan depan rumah jea. Tapi semalam, jauh sampai ke Taman Melati. Dengan rempitnya.

Sebut pasal rempit, semalam aku sengaja menggagahkan diri bawak motor LC ber clutch si Bintang hati punya. Separuh jalan jek bawaknya lepas tu entah kenapa aku nebes sebab jem. Terus tukar driver.

Anuar Kamal, Jadilah pendamping saya selamanya.
Bahagiakan aku di dunia.


DIA LAH LELAKI YANG SELALU MENYAYANGIKU SELEPAS KELUARGAKU.

No comments:

Post a Comment