Wednesday, June 12, 2013

ILMU HITAM .. KEJAM DAN KESAN KEKEJAMAN !


Assallamualaikum.. tadi sempat jaga kaunter kat bawah dan sempat jugak mengulangkaji majalah WANITA edisi terkini. Kisah hari ini masih kisah ILMU HITAM atau SIHIR.

Bila dibaca-baca kisah ni x jauh lari dari kisah hidup aku. adakah aku terlalu berterus terang? Hakikatnya itulah yang terjadi. Ilmu Hitam atau Sihir ini digunakan bertujuan untuk mendapatkan kepuasan hati sebetolnya. Mungkin kepuasan hati utk melihat orang yang dibenci sengsara dan merana. Namun, kekejaman ini boleh di atasi dengan Ubatan serta kembalikan diri pada Pencipta Ya Rabb. 

"Aku melihat kebencian di hati mereka, menghantar dan membuat aku menjadi begini. Kebencian macam mana aku tak pasti namun, andai dah tua orang memperkatakan hal yang sama.. masihkan perlu aku mendengar ungkapan org yang ketiga. mungkin sama.. mungkin juga xsama. Bila dapat tahu apa yang muncul di hati aku hanya benci. Teganya mereka melakukan hal syirik ini. Dan sanggupnya mereka menolak takdir yang telah Tuhan tetapkan. Aku masih mampu berdiri sehingga hari ini. masih mampu makan dan bekerja. Walaupun kesihatan ku sedikit merosot tapi aku tidak akan sesekali untuk berpaling dan lemah atas apa yang mereka buat. Pesan kawanku, agar aku berubat.. Alhamdulillah.. Namun hati manusia busuk yang mahu aku terseksa ini tidak akan berdiam diri. Aku rasai kesannya. Namun aku gagahkan. Bak kata nenek aku, kalau aku masih mampu bangun, senyum dan berdiri, aku lebih kuat dari mereka. Walaupun kadang-kadang terasa bahangnya iblis laknatullah itu, hanya Ayat kursi peneman aku. Anuar banyak memberi sokongan. Mama yang tidak putus-putus talifon bertanya kan khabar aku. Alhamdulillah. Dan abah sudah mula memandang serong pada orang luar, aku x menyalahkan dia sama sekali kerana aku adalah anak nya, dan dia terlalu menyayangi aku. 

Apa yang aku harapkan, mereka si pengamal sihir ini berhentilah dari perbuatan khurafat ini. Aku KENAL SIAPA ENGKAU. AKU TAHU SIAPA KELUARGA ENGKAU. AKU TAHU MANA DATANGNYA KETURUNAN ENGKAU.  Andai engkau masih untuk terus melakukannya, aku hanya akan berdiam. Aku tidak akan membalas kerana Aku masih dalam warasku. Aku pegang janji Tuhan pada aku. Ada ganjaran untuk orang-orang yang sabar. Dan aku tidak mahu menjadi sekejam kamu. Yang bagusnya ini berlaku semangat aku lebih kental dari dulu. yang buruknya hal ini berlaku, kau membuatkan aku semakin benci pada kamu dan kamu. Aku berharap Tuhan membalas setimpal dengan apa yang engkau, engkau sekeluarga buat pada aku. Dan maaf.. aku tidak akan memberi maaf sehingga aku mati."

~~ doa-doa pendinding diri dari sihir ~~


1. Ayat kursi 

Ayat kursi adalah ayat yang paling AGUNG kerana ayat ini mengisahkan keagungan Allah serta kekuasaannya yang tidak terbatas. Ayat ini adalah ayat ke 255 dalam surah Al-baqarah dan ia dijadikan bacaan serta hafalan dalam kehidupan masyarakat islam. Ayat ini dibaca UNTUK MENDAPAT KEREDHAAN DAN PERLINDUNGAN ALLAH.


2. Ayat 3 Kul

~~ Ayat 3 kul, insyaAllah semua orang tahu.



AYAT 3 KUL

BismillahirRahmanirRahim
(Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani)

Al-Ikhlas

[1]Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2]“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3]“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;[4]“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Al-Falaq

[1]Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk,
[2]“Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan;
[3]“Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk;
[4]“Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan);
[5]“Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.

An-Nas

[1]Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
[2]“Yang Menguasai sekalian manusia,
[3]“Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
[4]“Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
[5]“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
[6]“(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.


Fadhilat membaca al-Ikhlas
Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja ker ana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kep ana san.

Sebelum Masuk Ke RumahSebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki k ana n dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam ker ana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat ker ana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Ketika SakitSabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran ker ana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala MembacanyaBerkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjal ana n. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang m ana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Akhir qalam, aku akan kuat untuk hidupku, kebahagiaan ku dan aku tidak akan tunduk kepada manusia iblis mcm kamu.. kamu dan kamu. Aku ada Allah andai kamu punya iblis laknatullah.

INGAT ! MANUSIA IBLIS AKAN MATI DENGAN KEIBLISANNYA.


No comments:

Post a Comment