Thursday, May 30, 2013

~~~~~ t.i.r.e.d ~~~~~

FUH.............. PENAT !

mode : acem hareeemm 

seharian ni tubuh lesu, badan sakit-sakit. namun aku kuatkan juga. walaupun terasa menepek kat opiss. tapi 1 opiss pandai ade jek aktiviti yang buat aku bergerak. starting dgn turun naik pegi makan, pegi angkat kotak, jual kotak... huhuhu... penat... pastu balik office jea layan movie "seram sejuk:" dengan boss, dengan ida. then ada orang blanja makan lagi. mkn lagi.

petang ni balik dari makan.. duduk kejap.. boss suro fax pasal pro dinasti. boleh plak ckp boss aku x buat payment lagi. xpe, bg ida setelkan. aku setelkan hoe seng yang bermuka kerek tu. silap besar dia, dah kerek pastu buat ayat xkena situasi. dan boss aku ape lagi bagi paku buah keras la. 

hari ni dah la penat hati, penat otak lagi. tapi xpe, kerja macam ni la kan? aku suka jea walaupun terpaksa meng-kerek kan diri. 2hari ni aku perasan baran aku makin menjadi-jadi

haih, rasanya aku tahu semua ni kenapa. Ya Allah ya Tuhanku, Kau peliharakanlah aku, hubungan ku dan keluarga ku.

Wednesday, May 29, 2013

Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.


Kadang-kadang kejam rasanya mereka yang mengamalkan sihir ni. terfikir-fikir dorang semua ni tak takut mati ke? Sesungguhnya dari Allah kita datang dan pada Allah juga kita kembali. Namun sihir utk tujuan penyeksaan ini menyebabkan banyak keburukan berbanding kebaikan. Kalau dah namanya sihir, saya percaya ia digunakan untuk sesuatu yang buruk. yang mana melanggar syiar islam. dan dalam masa yang sama sihir juga menyebabkan seseorang itu terpesong akidahnya. 

Ya Allah, Ya Tuhanku, yang mentadbir seisi alam. Aku berlindung pada mu dari kekejaman manusia dan syaitan. Aku berlindung pada mu dari sihir yang datang. 

HOME MADE


HYE.. HYE.. HYE..

okeh, sebut pasal makan.. saya sangat suka kalau dapat makan banyak-banyak. Kali ni nak cerita pasal kek "home made" ni. pergh sedap sangat. bukan nak beli jiwa orang yang membeli, tapi ia memang sangat-sangat sedap.

Bermula dengan kisah Hisyam nak celebrate bithday girlfriend dia si Azrina ni berjaya juga saya merasa kek yg yummy ni. rasanya lembut dan dilimpahi dengan jem coklat "nutella" .. apa lagi memang menjilat jarilah dibuatnya.

Lagi-lagi atas kek tersebut dihias pulak dengan strawberry yang banyak. Bau dia tak payah cakap. memang harum. so 4* saya bagi. 



SAHABAT

Berbicara tentang sahabat, pasti mengundang senyum dan tawa. setiap manusia punya sahabat atau paling koman pun kawan rapat kan? aku? aku lebih selesa bersahabat dgn semua orang. kerana itu adalah kehidupan islam. jangan memilih sahabat. kerana sahabat hanya manusia. dan setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan masing-masing.

this kwn opis aku. merangkap geng begaduh. Boss ke staff ke sume same jea. indah hidup bersahabat ni. indah sangat. sebab aku dapat mengenali pelbagai perangai.


ni plak kawan-kawan lepak lepas opiss. sebetulnya aku mula join dorang ni masa follow kwn baik aku stella jumpa tunang dia. happening. itu ja yg aku describe tentang dorang ni.


ni si stella bersama encik gula hati beliau. banyak gamba sebenarnya tapi aku tak sempat save dalam computer, nampaknya terpaksa berbicara semula isu sahabat ni. 

orang kata, kawan gembira senang nak cari dan kawan menangis payah sangat nak cari. betolla kot kan?






Tuesday, May 28, 2013

boley tak anda jawab?

Soalan ni merupakan soalan yang dikeluarkan oleh Albert Einstein sebelum dia meninggal pada abad yang lalu, dia menyatakan seramai 98% orang di dalam dunia ni tak dapat jawab soalan ni..hanya 2% sahaja orang yang dapat jawab? jadi adakah korang termasuk dalam 2% tu? cuba jawab soalan ni..jawab dengan jujur dan jangan gunakan sebarang alternatif yang lain!


~ Ada 5 buah rumah yang masing-masing memiliki warna berbeza.~ Setiap rumah dihuni seorang lelaki dengan bangsa yang berbeza-beza.~ Setiap penghuni menyukai satu jenis minuman tertentu.~ setiap mereka merokok rokok berlainan dan memelihara satu jenis haiwan tertentu.~ Tidak ada satupun dari kelima orang tersebut yang minum minuman yang sama, merokok rokok yang sama dan memelihara haiwan yang sama seperti penghuni yang lain.

1. Orang Inggris tinggal di dalam rumah berwarna merah.

2. Orang Sweden memelihara anjing.
3. Orang Denmark suka minum teh.
4. Rumah berwarna hijau terletak tepat disebelah kiri rumah berwarna putih.
5. Penghuni rumah berwarna hijau suka minum kopi.
6. Orang yang merokok PallMall memelihara burung.
7. Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah suka minum susu.
8. Penghuni rumah berwarna kuning merokok Dunhill.
9. Orang Norway tinggal dirumah pertama.
10. Orang yang merokok Marlboro tinggal disebelah orang yang memelihara kucing.
11. Orang yang memelihara kuda tinggal disebelah orang yang merokok Dunhill.
12. Orang yang merokok Winfield suka minum bir.
13. Disebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norway.
14. Orang Jerman merokok Rothmans.
15. Orang yang merokok Marlboro berjiran dengan orang yang minum air.

Ok, sekarang anda dah dapat soalan berserta petunjuk tersebut, jadiIni merupakan soalan tersebut :-SOALANNYA : SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN ??

Antara petunjuk yang di beri :SOALANNYA : SIAPAKAH YANG MEMELIHARA IKAN ??






Dont know why, but i really love picture. saya suka kan gambar dan saya sukakan editing. 
kadang-kadang apa yang saya buat akan mempengaruhi mood saya. dan itu juga mempengaruhi cara editing yang saya buat. hanya mampu buat simple-simple jea sebab tak pandai pun nak edit.

Apa yang saya boleh katakan bila saya meng"create" coretan seperti di atas ia membuatkan saya lebih bersemangat untuk membuat lebih baik. Dengan kata-kata yang saya garab, ia membuatkan saya insaf dan kadang-kadang terfikir tentang kehidupan. 

Kehidupan itu simple sebenarnya, tidaklah secomplicated yang kita fikir. dan kadang-kadang manusia itu sendiri yang membuat kehidupan itu kelihatan complicated. kan?


Assallamualaikum....

Hari ini nak buka sikit topik tentang "positif"

Rasanya ramai yang tahu, untuk menjadi positif bukan kerja senang. Namun apa yang saya baca dalam buku ni semuanya tentang macam mana untuk mewujudkan perasaan positif didalam diri. Banyak cara untuk positif. Namun apabila sedang marah mungkin nak jadi positif pun susah kan? 

dari buku JADI COOL + POSITIF ni banyak benda juga yang saya belajar. Salah satunya untuk positif kita kena selalu s.e.n.y.u.m. bila baca memang nampk mudah dan simple. tapi bila tengah marah dekat boyfriend misalnya. dia mintak senyum.. boleh kah kita senyum? payah beb... sebab baru semalam terjadi dekat saya. 

Anuar tahu saya geram dgn dia... tapi dia still minta saya senyum sebab dia tak mahu saya moody. depan dia saya tarik muka kelat tapi bila blakang dia, saya sengeh sampai telinga. dalam hati "padan muka, buat lagi aku marah" .. tapi betul bila saya senyum walaupun dibelakang dia, hati saya still happy sebab dapat kenakan dia. bukan nak marah sgt pun tapi ya le perempuan bila dah dekat dengan musim ada jek yang tak kena kan?

so apa yang boleh dirumuskan, SENYUM sebenarnya boleh membuatkan seseorang menjadi positif.

Assallamualaikum...

Aku muncul setelah lama menghilang. Hadirkan diri untuk menyambung sebuah dairy mungkin. Hari ini Alhamdulillah, aku terasa lebih bagus dari semalam. lebih tenang berbanding dulu. Alhamdulillah..
This is me LAILATUL AKMA BINTI NORZI




I am 25 years old.. I'm single. not married yet. Namun dah punya kekasih hati. And this is my kekasih hati.

 His name is Khairul Anuar Bin Ahmad Kamal. Dan saya sangat-sangat menyayangi dia kerana dia ikhlas menyayangi saya. Terima kasih my kekasih hati atas cinta, kasih sayang dan perhatian yang awak berikan.

Bila saya read balik apa yang pernah saya tulis aroun Jan 2011 - Mac 2011 semuanya hanya kesedihan. Hanya luka dalam percintaan. Namun hari ini semuanya telah bertukar ganti. Saya lebih bahagia dan lebih mengerti apa itu kehidupan.

Family alhamdulillah bahagia dan adik-adik pula semakin membesar. Apa yang saya ada ini memberikan saya 1000x alasan untuk bersyukur. Alhamdulillah ya Allah.