Wednesday, May 29, 2013

Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.


Kadang-kadang kejam rasanya mereka yang mengamalkan sihir ni. terfikir-fikir dorang semua ni tak takut mati ke? Sesungguhnya dari Allah kita datang dan pada Allah juga kita kembali. Namun sihir utk tujuan penyeksaan ini menyebabkan banyak keburukan berbanding kebaikan. Kalau dah namanya sihir, saya percaya ia digunakan untuk sesuatu yang buruk. yang mana melanggar syiar islam. dan dalam masa yang sama sihir juga menyebabkan seseorang itu terpesong akidahnya. 

Ya Allah, Ya Tuhanku, yang mentadbir seisi alam. Aku berlindung pada mu dari kekejaman manusia dan syaitan. Aku berlindung pada mu dari sihir yang datang. 

No comments:

Post a Comment